Address
Cenergi SEA Berhad
Level 4, Block E, Dataran PHB Saujana Resort, Section U2, 40150 Shah Alam, Selangor.
Malaysia.
General Line
+603 5885 0454
Fax Line
+603 5885 1474
Address
Cenergi SEA Berhad
Level 4, Block E, Dataran PHB Saujana Resort, Section U2, 40150 Shah Alam, Selangor.
Malaysia.
General Line
+603 5885 0454
Fax Line
+603 5885 1474
KUALA LUMPUR: SDP Renewable Energy Sdn Bhd (SDPRE), anak syarikat Sime Darby Plantation Bhd (SDP) merancang untuk membangunkan dua jana kuasa biogas baharu dengan pemaju biogas efluen kilang minyak sawit (POME) dihubungkan ke grid terbesar di Malaysia, Cenergi RE Sdn Bhd (Cenergi), anak syarikat milik penuh Cenergi SEA Bhd.
SDP dalam satu kenyataan hari ini berkata, anak syarikatnya memeterai perjanjian tidak terikat dengan Cenergi pada 9 Oktober 2021 bagi membangunkan bersama jana kuasa terbabit dalam operasi SDP di Malaysia di ladang Sungai Dingin di Kedah dan ladang Kok Foh di Negeri Sembilan.
Setakat ini, Cenergi membangunkan tiga jana kuasa biogas bagi kilang minyak sawit SDP yang kini sedang beroperasi, sementara dua lagi masih dalam pembinaan dengan sasaran siap pada November 2021 dan pertengahan 2022, katanya.
Pengarah Urusan kumpulan SDP, Mohamad Helmy Othman Basha, berkata kumpulan itu giat mencari penyelesaian tenaga boleh diperbaharui dalam usaha memenuhi sasaran pengurangan pelepasan karbon.
“Kerjasama terbaharu ini akan mempercepatkan usaha kami dan kami berada di landasan untuk mencapai sasaran pengurangan 40 peratus menjelang 2030.
“Sehingga kini, kami sudah mencapai pengurangan pelepasan karbon relatif sebanyak 18 peratus menerusi inisiatif biogas sahaja dan dengan rancangan biogas terbaharu ini, kami menjangkakan untuk mencapai pengurangan sebanyak 28 peratus menjelang akhir 2022,” katanya.
Selain dua jana kuasa baharu itu, SDP mempunyai 11 jana kuasa biogas di Malaysia, Indonesia dan Papua New Guinea, dan sembilan lagi dijadualkan beroperasi pada 2022.
SDP menyasarkan untuk mempunyai sebanyak 31 jana kuasa biogas menjelang 2030.
Read more at https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2021/10/878624/sdp-rancang-dua-jana-kuasa-biogas-baharu