Address
Cenergi SEA Berhad
Level 4, Block E, Dataran PHB Saujana Resort, Section U2, 40150 Shah Alam, Selangor.
Malaysia.
General Line
+603 5885 0454
Fax Line
+603 5885 1474
Address
Cenergi SEA Berhad
Level 4, Block E, Dataran PHB Saujana Resort, Section U2, 40150 Shah Alam, Selangor.
Malaysia.
General Line
+603 5885 0454
Fax Line
+603 5885 1474
English
MALAYSIA – Clarmondial, Amanie Advisors, and Cenergi are pleased to announce a partnership to develop the Green Sukuk Programme (GSP) to mobilise new sources of capital to fund the low carbon energy transition in South East Asia, with an initial focus on Malaysia. The Green Sukuk Programme (GSP), is an innovative financial structure developed by Cenergi, Clarmondial and Amanie Advisors, that aims to speed up the development of high-quality, smaller, renewable energy and energy efficiency projects in Malaysia, and eventually South-East Asia.
The partners are also excited to announce a recent shortlisting by the Green Climate Fund, in a recent call for proposals.
The GSP will create opportunities to engage new types of investors in supporting the transition to a green economy, in particular local and regional institutional investors, private banks, and family offices. The GSP also fills a critical gap for green project developers in the region, in particular emergent project developers focused on new green business models and technologies.
GSP was initiated by Clarmondial, motivated by the need for new partnerships to meet global challenges such as climate change, and to achieve the necessary rapid transition to more sustainable energy systems in key growth areas such as South East Asia. Tanja Havemann of Clarmondial states that “blended finance structures such as the GSP can help to draw in new types of investors, in particular values-driven and local investors. While relatively unknown in the green investment space, sukuks are a natural fit for financing green projects, in particular emergent business models and technologies where more equity-type participation and transparency are key.”
“We are pleased to be working with Clarmondial and Amanie Advisors, who we approached to help us design and structure an appropriate financing solution to help us expand our funding base, in particular drawing in local investors, and investors that are aligned with our mission and values” says Ernest Navaratnam, CEO of Cenergi, a subsidiary of Khazanah Nasional, a strategic investment fund owed by the Government of Malaysia.
“This innovative partnership will help to further grow the participation of Islamic investors in the green finance sector” states Maya Marissa Malek, CEO of Amanie Advisors. Amanie Advisors is an award-winning Islamic Finance Advisory company that has spearheaded the design of new impact-oriented structures, including the first Sustainable and Responsible sukuk.
Clarmondial, Cenergi and Amanie will continue to develop the GSP and looks forward to collaborating with a wide range of partners in this innovative structure.
BM
MALAYSIA – Clarmondial, Amanie Advisors dan Cenergi dengan ini mengumumkan suatu bentuk kerjasama dalam pembangunan Program Sukuk Hijau atau Green Sukuk Program (GSP) bagi mengerakkan sumber-sumber modal baharu sebagai dana pembiayaan peralihan kepada tenaga rendah karbon di Asia Tenggara, dengan tumpuan awal diberi kepada Malaysia. GSP merupakan suatu bentuk pembiayaan inovatif yang dirangka oleh Cenergi, Clarmondial dan Amanie Advisors, dengan tujuan untuk mempercepatkan pembangunan projek-projek cekap tenaga dan tenaga boleh diperbaharui yang berskala kecil serta berkualiti tinggi di Malaysia, dan seterusnya di rantau Asia Tenggara.
Kami juga ingin memaklumkan bahawa program sukuk hijau ini telah disenarai pendek oleh Dana Iklim Hijau atau Green Climate Fund, bagi satu panggilan kertas cadangan yang terbaharu.
GSP akan mewujudkan peluang pelaburan untuk pelabur-pelabur khususnya daripada insitusi-institusi tempatan dan serantau, bank-bank swasta dan ‘family office’ bagi menggalakan peralihan kepada ekonomi hijau. GSP ini juga akan membantu pemaju-pemaju projek hijau di rantau ini untuk merapatkan jurang kritikal, terutamanya kepada pemaju yang berfokuskan model perniagaan hijau serta teknologi hijau yang baharu.
Inisiatif GSP yang dimulakan oleh Clarmondial ini didorong oleh keperluan untuk kerjasama-kerjasama yang baharu bagi menangani cabaran-cabaran global seperti perubahan iklim, serta memacu kearah sistem tenaga yang lebih mampan di kawasan pertumbuhan utama seperti rantau Asia Tenggara. Tanja Havemann daripada Clarmondial berkata, “pembiayaan campuran seperti GSP dapat membantu menarik pelbagai jenis pelabur baru, khususnya pelabur-pelabur tempatan dan yang berasaskan nilai. Walaupun kurang dikenali bagi pelaburan hijau, sukuk adalah sesuai sebagai dana pembiayaan projek-projek hijau, khususnya bagi perniagaan-perniagaan dan teknologi-teknologi yang mengutamakan pelaburan ekuiti dan serta ketelusan dalam pelaburan”.
“Kami gembira dapat bekerjasama dengan Clarmondial dan Amanie Advisors bagi membantu kami merangka dan menyusun plan pembiayaan yang sesuai untuk mengembangkan asas pembiayaan kami, terutamanya dalam menarik pelabur-pelabur tempatan dan yang selari dengan misi serta nilai-nilai kami” kata Ernest Navaratnam, Ketua Pegawai Eksekutif Cenergi, salah sebuah syarikat penerima pelaburan Khazanah Nasional Berhad, syarikat dana pelaburan strategik kerajaan Malaysia.
“Kerjasama yang inovatif ini akan membantu menggalakan kemasukan dana-dana pelaburan patuh syariah ke dalam sektor kewangan hijau” kata Maya Marissa Malek, Ketua Pegawai Eksekutif Amanie Advisors. Amanie Advisors merupakan syarikat pemenang anugerah Penasihat Kewangan Islam serta peneraju bagi produk kewangan Islam berasaskan impak, termasuk sukuk pelaburan mampan dan bertanggungjawab yang pertama.
Clarmondial, Cenergi dan Amanie akan terus bekerjasama bagi membangunkan program sukuk hijau yang inovatif ini serta mengalu-alukan sebarang kerjasama dari pelbagai pihak.