KUALA LUMPUR, 2 Mac  — Cenergi SEA Sdn Bhd (Cenergi), anak syarikat Khazanah Nasional Bhd telah melantik Hairol Azizi Tajudin sebagai ketua pegawai eksekutif barunya yang berkuat kuasa hari ini.

Hairol, yang menggantikan Ernest Navaratnam, mempunyai pengalaman selama 25 tahun dalam industri tenaga.

Dalam kenyataan hari ini, Cenergi berkata Hairol adalah Naib Presiden Kanan bahagian Usaha Sama dan Transformasi Perniagaan di Malakoff Corporation Bhd dan sebelumnya memegang jawatan sebagai Pengurus Loji, Ketua bahagian Kejuruteraan dan Ketua Jabatan dalam sektor tenaga, air dan tenaga boleh diperbaharui.

“Kami percaya rekod prestasi Hairol serta keupayaannya akan memperkukuhkan kedudukan kami di pasaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Hairol yang memiliki Sarjana Muda Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Sistem dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata Cenergi berada pada kedudukan strategik untuk bergerak ke tahap pertumbuhan seterusnya.

“Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan pasukan kepimpinan kanan syarikat bersama Ahmad Jauhari sebagai pengarah eksekutif dan seluruh ahli lembaga pengarah untuk membawa Cenergi ke peringkat seterusnya,” katanya.

 

— BERNAMA

Read more at https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=1817973

KUALA LUMPUR, March 2 — Cenergi SEA Sdn Bhd (Cenergi), a subsidiary of Khazanah Nasional Bhd, has appointed Hairol Azizi Tajudin as its new group chief executive officer effective today.

Hairol, who replaces Ernest Navaratnam, brings over 25 years of experience in the energy industry.

In a statement today, Cenergi said Hairol was senior vice president of the ventures and business transformation division at Malakoff Corporation Bhd and had earlier taken leadership roles as plant manager, head of engineering and head of department in the power, water and renewable energy sectors.

“We believe Hairol’s track record as well as his capabilities will further strengthen our presence in the market,” it said in a statement today.

Meanwhile Hairol, who holds a Bachelor of Engineering in Electrical, Electronic and Systems Engineering from Universiti Kebangsaan Malaysia, said Cenergi is strategically positioned to move into the next phase of growth.

“I look forward to working closely with our senior leadership team, along with Ahmad Jauhari as our executive director and our entire board of directors, to bring Cenergi to the next level,” he said.

 

— BERNAMA

Read more at https://www.bernama.com/en/news.php?id=1817935

Our Partners

Our Partners