Download our November 2019 Newsletter

Management’s Perspective:

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Peralihan dari suku ke-3 dan seterusnya melangkah ke suku ke-4, hanya tinggal lebih kurang 2vbulan sahaja lagi untuk kita sama-sama berganding bahu, berusaha dalam mencapai matlamat Cenergi sebelum tahun 2019 ini berakhir. Seperti yang kita semua sedia maklum, apabila memasuki gerbang suku ke-4 pada awal Oktober lalu, satu latihan Pengukuhan Pasukan (team building) telah dilaksanakan dengan objektif utama untuk memupuk semangat kerjasama, persefahaman, toleransi, selain meningkatkan tahap komunikasi, bersatu-padu, dan juga kepercayaan sesama kita.

Di bawah naungan Cenergi, tiada lain yang lebih diharapkan selain dari semangat bekerjasama, sokongan dan komitmen yang tidak berbelah bagi daripada anda semua. Saya percaya, tiada apa yang tidak dapat dicapai jika kita bersatu-padu, berkomunikasi secara berkesan, menghormati sesama kita tanpa mengira pangkat, dan memberi sokongan serta keyakinan dalam apa jua yang kita lakukan, demi Cenergi. Setiap satu dari kita mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam memastikan Cenergi terus kekal dan mencapai kecemerlangan di masa hadapan.

Mungkin tiada janji manis dari saya dan pihak Pengurusan, tapi apa yang saya boleh katakan, pelbagai rangka dan perancangan telah dibuat untuk membangunkan kemahiran dan kepakaran, mengekalkan bakat yang tepat dan sedia ada di dalam organisasi ini dan meningkatkan motivasi selain mewujudkan persekitaran yang sihat untuk kita sama-sama berkembang maju. Pelbagai cabaran perlu ditempuh untuk mendapatkan lebih banyak peluang perniagaan, lebih banyak projek, dan lebih banyak pendapatan, namun keperluan untuk merekrut bakat yang tepat dengan set kemahiran yang diperlukan untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan Cenergi jangka panjang juga amat diperlukan.

Cenergi 3.0 bukan ilusi, bukan mimpi, tetapi motivasi untuk kita sama-sama berdiri sama tinggi, berusaha sama gigih, memberi komitmen sedaya diri, demi Cenergi yang kita kasihi. Buang egois, kikis aura negatif, kerana matlamat kita hanya satu, menggalas tanggungjawab demi kemajuan dan kecemerlangan Cenergi.

Masa depan Cenergi ada di tangan anda, di tangan kita semua.

Read more by downloading the newsletter in PDF format:

Our Partners

Our Partners