KUALA LUMPUR: The allocation of RM 2 billion by the government under the Budget 2019 for the Green Technology Financing Scheme (GTFS) will encourage more green energy players to grow and explore innovative ways to harness renewable energy sources.

Cenergi SEA Sdn Bhd Chief Executive Officer, Ernest Navaratnam, Khazanah Nasional’s clean energy investment company, said Cenergi also welcomes other incentives such as the expansion of the green asset list in the MyHijau directory eligible for the Green Technology Investment Allowance (GITA), from nine assets to 40.

He said, “this allocation and other tax incentives would ensure the revival of the renewable energy industry”

“Easier access to financing will enable small and medium enterprises (SMEs) to find more opportunities for investment and development of Renewable Energy (RE) which will help the country meet the 20 per cent target by 2025”.

This includes the new Feed-in-Tariff (FiT) and Large-scale Solar 3 (LSS3) quota where 500 MW capacity is open for tenders to drive the solar energy sector.

This also includes a review of the Net Energy Metering Policy (NEM) where each 1 kWh of energy exported to the grid will be balanced with 1kWh energy used from the grid by contributors.

The government will also introduce the labelling of Building Energy Intensity for government buildings, beginning in Putrajaya, to reduce their energy consumption as it moves towards Green.

Source: Utusan Borneo

KUALA LUMPUR: Peruntukan sebanyak RM2 billion oleh kerajaan di bawah Belanjawan 2019 untuk Skim Pembiayaan Tenaga Hijau (GTFS) akan menggalakkan lebih banyak pemain tenaga hijau berkembang dan meneroka kaedah inovatif dalam memanfaatkan sumber tenaga boleh diperbaharui.

Ketua Pegawai Eksekutif Cenergi SEA Sdn Bhd, Ernest Navaratnam, syarikat pelaburan tenaga bersih Khazanah Nasional, berkata Cenergi juga mengalu-alukan insentif lain seperti pengembangan senarai asset hijau yang disenaraikan di dalam direktori MyHijau yang layak untuk Elaun Pelaburan Teknologi Hijau (GITA) dari 9 aset kepada 40 aset.

Katanya, peruntukan itu dan insentif cukai lain akan memastikan kebangkitan semula industry tenaga boleh diperbaharui.

“Akses yang lebih mudah kepada pembiayaan akan membolehkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mencari lebih banyak peluang untuk pelaburan dan pembangunan Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) yang mana akan membantu negara memenuhi sasaran 20 peratus RE menjelang 2025,”, katanya.

Baru-baru ini, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, mengumumkan pelbagai inisiatif untuk menarik lebih ramai pemain dalam industri RE.
Recently, the Minister of Energy, Science, Technology, Environment and Climate Change, Yeo Bee Yin, announced a number of initiatives to attract more players in the RE industry.

Ini termasuk kuota baharu Feed-in-Tariff (FiT) dan polisi Skala Besar Solar 3 (LSS3) yang mana kapasiti 500 MW dibuka untuk ditender yang akan memacu sector tenaga solar.

Ini juga termasuk semakan semula polisi Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) yang mana setiap 1kWh tenaga yang dieksport ke grid akan diimbangin dengan 1kWh tenaga yang digunakan daripada grid oleh penyumbang.

Kerajaan juga akan memperkenalkan pelabelan Intensiti Tenaga Bangunan untuk bangunan kerajaan, bermula di Putrajaya untuk mengurangkan penggunaan tenaga sebab usaha ke arah menjadi hijau.

Our Partners

Our Partners