PEKAN, PAHANG – Cenergi SEA Sdn Bhd (Cenergi) launched their first jointly-owned biogas power plant with Tanah Makmur Berhad (TMB) in Sri Jelutung, Pekan today. The power plant generates up to 1.5 MW of power and was developed by Metro Havana Sdn Bhd, a joint venture owned by Cenergi (70%) and TMB (30%). The opening of the Sri Jelutung plant marks the fourth successful biogas plant completed by Cenergi, who are market leaders in clean energy projects in Malaysia and Southeast Asia. The ceremony assembled more than 200 guests and was officiated by the Regent of Pahang and the Chairman of TMB Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Tengku Haji Ahmad Shah Musta’in Billah.

In his keynote address, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Tengku Haji Ahmad Shah Musta’in Billah said; “Tanah Makmur Berhad took the initiative to build a biogas power plant after receiving advice from the Malaysian Palm Oil Mill Board to construct a biogas plant prior to its upgrade of the capacity of Sri Jelutung Palm Oil Mill factory by 45 metric tonnes per hour”

When asked about TMB’s future projects, the Managing Director of the group, Tengku Dato Seri Ahmad Faisal stated that “we are looking forward to exploring the renewable energy industry. We are not limiting ourselves to biogas, but also exploring green technology projects, because Pahang is blessed with an abundance of natural resources at the ready to generate clean energy”

The development of the cutting-edge biogas power plant began after a Memorandum of Understanding (MoU) between Cenergi and Sri Jelutung Palm Oil Mill Sdn Bhd on 19 January 2015. The plant was completed ahead of schedule in August 2017 and started generating and supplying power to the grid on 5 October 2017, in compliance with rigorous Sustainable Energy Development Authority (SEDA) standards. The Sri Jelutung biogas plant uses innovative double-scrubber technology that enables it to capture enough methane gas from the palm oil mill effluence to reduce carbon emissions by an equivalent of 2000 passenger vehicles.

Cenergi’s Executive Director, Ahmad Jauhari Yahya said, “converting waste into energy is the most useful transformation of palm oil mill effluent. Pahang is Cenergi’s first strategic partner in this endeavour because of its efforts in sustainable development. The Sri Jelutung plant will contribute to Pahang’s sustainability by exporting 11,000 MWhr of clean energy per year, which is equivalent to 1200 houses.”

Cenergi works to reduce carbon emissions. The company is currently constructing another biogas plant in Perak and expanding into Southeast Asia, with focus on Indonesia and Vietnam. Cenergi recently began a joint venture with the Sunseap Group, the most established sustainable energy company in Singapore, to generate solar energy of up to 50 MW in Peninsular and East Malaysia. Along with Renewable Energy developments that produce clean energy, Cenergi specialises in Energy Efficiency – reducing bad energy. Earlier this year, Cenergi completed the first phase of an ambitious RM 40 million energy efficiency programme with the International Islamic University Malaysia (IIUM).

Malaysia has pledged to reduce its carbon emissions by 40% by the year 2030 in the Paris Agreement (COP21). Cenergi and Tanah Makmur both expressed their intent on working closely together over the next 16 years with the goal of further green energy developments in Pahang that contributes towards national sustainability.

PEKAN, PAHANG – Cenergi SEA Sdn Bhd (Cenergi) dan Tanah Makmur Berhad (TMB) telah melancarkan loji janakuasa biogas pertama di Sri Jelutung, Pekan, Pahang. Loji Janakuasa tersebut berupaya untuk menjana 1.5 MW tenaga; diurus dan dikendalikan oleh Metro Havana Sdn Bhd, sebuah syarikat usaha sama antara Cenergi SEA (70%) dan Tanah Makmur Berhad (30%).

Perasmian Loji Janakuasa Biogas Sri Jelutung menandakan loji janakuasa keempat yang dibina oleh Cenergi; salah sebuah syarikat peneraju teknologi tenaga hijau di Malaysia serta Asia Tenggara.

Majlis tersebut dimeriahkan dengan kehadiran seramai lebih 200 orang tetamu dan dirasmikan oleh pengerusi Tanah Makmur Berhad, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Tengku Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, berkenan untuk berangkat merasmikan majlis tersebut.

Dalam ucapan beliau, Pengarah Urusan Tanah Makmur Berhad, Tengku Dato’ Seri Ahmad Faisal berkata, “Idea penubuhan kilang penjanaan tenaga hijau ini bermula daripada saranan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia atau Malaysia Palm Oil Board (“MPOB”) untuk Tanah Makmur Berhad membangunkan sebuah ‘Biogas Power Plant’ ekoran perlaksanaan projek penaikan taraf kapasiti kilang memproses buah kelapa sawit, Sri Jelutong Palm Oil Mill Sdn Bhd (“SJPOM”) kepada 45 metrik tan sejam”.

Apabila ditanya tentang projek-projek susulan Tanah Makmur Berhad, Tengku Dato’ Seri Ahmad Faisal berkata, “Kami (Tanah Makmur Berhad) sangat teruja untuk terus bergiat dalam industri tenaga boleh diperbaharui; bukan sekadar loji janakuasa biogas sahaja malah projek-projek teknologi hijau lain kerana Pahang yang kaya dengan sumber alam semulajadi mempunyai potensi untuk menjana lebih tenaga diperbaharui”.

Projek pembinaan Loji Biogas Sri Jelutung dimulakan pada 19 Januari 2015, setelah Cenergi menandatangani Memorandum Persefahaman bersama Sri Jelutung Palm Oil Mill Sdn Bhd, anak syarikat Tanah Makmur Berhad. Pembinaan loji berkenaan disiapkan pada bulan Ogos 2017, sebelum tarikh yang dijangkakan dan mula menjana dan membekalkan tenaga kepada grid pada 5 Oktober 2017 selepas mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (Sustainable Energy Development Authority Malaysia – SEDA Malaysia) pada bulan lalu.

Loji Janakuasa Biogas Sri Jelutung menggunakan teknologi inovatif ‘double-scrubber’ yang membolehkan gas metana; yang terhasil daripada efluen kilang minyak sawit, diperangkap dengan cekap untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida dengan kadar yang sama dengan 2000  buah kenderaan penumpang dalam satu tahun.

Menurut Pengarah Eksekutif Cenergi, Ahmad Jauhari Yahya, beliau berkata, “ Menukar sisa menjadi tenaga adalah transformasi paling berguna bagi efluen kilang minyak kelapa sawit. Pahang adalah rakan strategik pertama Cenergi dalam usaha pembangunan mampan. Loji Sri Jelutung akan menyumbang kepada kemampanan Pahang dengan mengeksport 11,000 MWhr tenaga hijau setahun, bersamaan dengan 1200 buah rumah”.

Cenergi merupakan antara perintis di Malaysia dalam projek tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga. Cenergi kini dalam proses pembinaan sebuah lagi loji janakuasa biogas di Perak dan melebarkan pelaburan ke Asia Tenggara, terutamanya di Indonesia dan Vietnam. Baru-baru ini Cenergi telah memulakan kerja usaha sama bersama Sunseap Group, syarikat terkemuka di Singapura yang pakar dalam bidang tenaga mampan, untuk menjana tenaga solar sehingga 50MW merangkumi Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak. Selain menjana tenaga boleh diperbaharui, Cenergi juga pakar dalam industri kecekapan tenaga (‘energy efficiency’).

Pada awal tahun ini, Cenergi telah berjaya menyiapkan fasa pertama program kecekapan tenaga terbesar mereka setakat ini dengan kos hampir RM100 juta di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Kedua-dua syarikat Cenergi dan Tanah Makmur merancang untuk terus bekerjasama dalam tempoh 16 tahun yang akan datang untuk terus membangunkan lagi sektor teknologi hijau dan tenaga boleh diperbaharui di negeri Pahang.

Our Partners

Our Partners